Tuesday 17 May 2016

Ceghite Kampus #1

haaa musim exam ni rajin pulak aku nak tulis kat blog nih. hahaa
alkesah sebab aku minggu ni saja memang hadap laptop je keje. Habiskan assignment dan report projek. Uia tak buat study week dah. Ada study days je, yakni ada beberapa hari sahaja selepas kelas terakhir sebelum hari pertama final.
Tu belum masuk yang subjek decentralized.

Kali ni aku nak bawa blogpost series. Ceghite Kampus. Kisah-kisah dan cerita hidup yang pernah aku alami sepanjang berada di kampus uia gombak ni. Bila dah tahun akhir ni, lain macam sikit mood dye. hahaaa Sekadar nak bercerita, tak tahu la menarik ke tak. Macam ya macam tak. huahuaa
Konsep lebih kepada cerita2 yang berlaku pada aku atau aku yang buat. heee

Kali ni series yang pertama. Harap aku istiqomah la buat series ni..hehe

***********************

Pasal letupan kecil dengan percikan bunga api cah cah cah.

courtesy from www.blackhorsebeamish.co.uk
Kejadian ni semester lepas. Kes dengan electric kettle.
Masa tu nak buat air ke nak masak maggi. Lupa dah. haha

Alkisah, alang2 nak g amik wuduk, nak masak air la. Lepas solat boleh terus kacau air, haaa nak buat air. petang masa tu.
Maka sembahyang la aku. Kettle tu kat depan aku atas papan seterika. Tengah solat tu dengan tenang tu. Kan kalau kita masak air guna electric kettle tu, Part last bila air dah nak masak, Dye punya gelegak kuat kan. Tapi masa tu kuat lain macam. Siap berasap. Boleh bau terbakar lagi.

Cuak masa tu, ya Allah..tak tahulaa. Nasib baik pakai direct dengan plug point. Bukan pakai extension. Orang kata kalau pakai extension lagi bahaya. Air tu aku acah2 minum. Rasa hangit weh. hahaha

Maka tamatlah riwayat hidup kettle tu yang dah bersama sejak zaman asasi yakni sudah hampir 4 tahun lamanya. Maka terbangla RM50 membeli kettle yang baru. hahaa alhamdullilah

Kes kedua semester ni. Masih lagi dengan percikan bunga api cah cah cah.

Charger phone yang murah tu dengan kabel warna yang murah tu. Nak jadikan kisah, masa tu hujan. Charger tu basah skit. Aku dah lap elok dahh, tak tahu pulak masuk jugak air dalam body charger tu.

Masa aku on plug point. Cazzzz meletup depan aku charger tu. Nasib baik dye meletup dalam charger tu je. Nampak la percikan bunga api tu. Dah satu hal. Maka berhuhu la aku meminjam charger dengan roommate.

Pergila aku ke kedai membeli charger baru. jenis yang sama, kabel remax. Pertama kali beli, rosak. Pergi tukar. Dapat la yang baru. Yang kedua tu, tak sampai 5 kali aku rasa pakai. Meletup jugak. Kali ni bukan basah. Aku tak tahu sebab apa. hahaa Bangun je dari tidur, ehh kenapa tak naik peratus bateri ni. Rupanya sudah tamat jua.

Maka berhuhuhuu lagi guna charger roommate sekali lagi.

Sejak itu, aku dah serik nak beli charger yang jenis gitu rupa. Maka aku ke kedai lain membeli charger baru. Sekali beli laju charger baru 2.0. Suka nya hati ini. hahaha

Yang paling best dua dua plug point dalam bilik aku rosak. Maka berhuhuhu la untuk beberapa hari. Terima kasih la akak ofis mahallah dan abang technician buat kerja laju. Report pagi, esok dah setel.. Terbaiikkk

*******

Lessons learnt:

courtesy from www.maxdraw.it
1) Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmahnya aku dapat charger yang lagi laju dan pakai kettle yang memang aku usha (design) lama dah. hahaa

2) Beli yang mahal sikit untuk kegunaan lama tak apa. Semakin besar ni kena pandai invest duit ke mana.

3) Jangan gedik bagi charger telefon kena air.







**************

Sekian. hehe Baru warm up nih.


by
budak tahun akhir

No comments:

Post a Comment