Wednesday 26 February 2014

luahan sisipan

aku rasa kadang-kadang dunia ini terlalu mencabar
terasa sempit dan perit yang tak tertahan di dada

hasad dan dengki merata-rata
aku tidak upaya untuk hapus ini semua

kiri, kanan, sebutkan sisi mana
pasti ada saje yang tak kena

terasa banyak sangat persaingan nya
terasa terlalu payah untuk dikejarnya

kadang-kadang nak menangis pun ada
nak mengadu, tak tahu kat sape

Allah Allah Allah

bila rasa syukur tu nak datang?
bila diri nak berubah?

terduduk sendiri pon ada
bila kalah dengan nafsu durjana

buat salah konon taubat boleh cover
bukan ke munafik dah namanya

hukum diri sdiri nampak kejam juge
tapi kalau bukan kite, siapa?

pernah aku rase
bukan, sering ak rase

aku tidak wujud di mata mereka
seakan siapa aku di sini
sekadar nama yang membawa suara

tika aku lantang bersuara
idea itu ini diberi kan mereka

disusuk aku dengan pujian melata
ingat aku suka?

bukan aku marah pada mereka
cuma puji biarla kena pada tempatnya

sekali dua, boleh aku terima
itu lumrah
kalau berkali, tak ke riak menjelma

pada kamu dan mereka

aku diam bukan bermakna aku tidak tahu
aku memberi peluang

jangan pula kamu memandang rendah
pada yang tidak bersuara

mungkin suara tidak kedengaran
tapi otak tetap berjalan
ada hati dan perasaan

aku berkata bukan beerti aku tahu semua
cuma mahu berkongsi kata dan idea

aku diajar idea dan pandangan itu untuk dikongsi
mengapa?
sebab ianya dari Tuhan belaka
bukan dari akal cetek aku semata
bukan dari pengalaman yang kamu kira dalam telah aku telan

tersedak bila mana terasa diri hipokrit
mana kamu tahu aku dan mereka hipokrit

sebab kamu lebih dari setiap segi
yakin nya kamu akan ikhlas dan jujur nya diri

ibadah nya itu awalnya juga dipaksa
ikhlas bukan kita yang periksa

mungkin itu bukan tentang aku
mungkin tentang kamu
cuma pandangan aku yang kamu boleh kira

terfikir juga aku

nak sedar tu macam mudah
sedar diri tu siapa
bukan orang yang berkuasa
sebab ada yang Maha Kuasa

air mata pon kadang tidak berguna
kalau masih di takuk lama

aduan, tangisan, dan keluhan
sia sia
kalau tidak diambil iktibarnya

aku kata aku tidak tahu mengadu pada siapa
itu dusta
aku mengadu pada yang aku percaya
tapi itu bukan semua

di situ sahaja tempat paling aku kira
selesa mengadu
mudahnya berkata-kata
pada Allah yang satu

aku kira tulisan aku
kamu boleh kenal siapa aku
ini aku kira
bukan kisah ak semata
pasti kisah kita semua

untuk sekian kalinya
maafkan bila aku kasar berbicara
di sini
untuk kamu dan mereka
maafkan aku
aku tahu aku salah dan aku pasti akan ubah cara

takut jua undang rasa yang tidak kena
dengan tulisan yang tidak seberapa
tapi ini luahan
yang aku kira dari aku semata

bacalah kamu dengan mata hati
bukan dengan prasangka

wallhua'lam..