Sunday 20 December 2015

New Favorite Cover Artist!

Halooo hehe

Bismillah

Okey, I am one girl that very like to listen cover song from you tube artist rather than the original singer. hahaa its kind of the cover versions are sometime more fun and overwhelming to listen.

so, here is one singer that I recently look up.


Am fall in love with her beautiful voice. Enjoy! 

Monday 7 December 2015

Sementara Cuma

Bismillah.

Kerana hidup ini sementara cuma. Satu fasa di antara banyak fasa sebelum sampai yang terakhir.

Maka, mari kita buat sehabis baik kita. Ikrarkan kata untuk dipegang moga amalan di fasa ini diterima Tuhan akhirnya. Moga tidak berasa sia-sia sahaja.

Di dalam keberadaan sementara ini, banyak perkara yang mungkin kita tersilap buat. Aku berdoa moga Tuhan yang Maha Esa ampunkan silap yang aku berbuat.

Bila berdepan dengan perkara yang rasanya sukar untuk dihadapi, marilah kita berpegang teguh bahawa Tuhan itu ada dan rahmatNya tidak terjangkau luasnya.

Untuk kamu dan aku yang hidup di fasa sementara cuma ini, kita belajar dari kesilapan, kita bertawakal dengan masa hadapan, dan kita nikmati masa sekarang dengan bersyukur dan teruskan perjuangan.

Wallahualam.
- yang sentiasa berperang dengan diri sendiri


Thursday 22 October 2015

Tetibu rindu. Setiap hari rindu.

Bismillah.

Segan jari menari di papan kekunci kerna ada satu janji tidak dikotakan lagi. Meski sudah berlalu, akan aku cuba kotakan ia pada satu waktu.

Rindu.
Setiap hari akan ada satu perasaan yang tetiba merasa rindu. Rindu pada suara ayah, rindu pada bebelan emak. Rindu bergaduh kata dengan adik beradikku. Setiap kali ada tiba sahaja rindu ini. Setiap hari.

Kalau rindu, katakan rindu. Buat panggilan atau apa sahaja.
Tapi aku tidak ada kebiasaan itu. Lagipun ada beberapa hari lagi menjelang keberangkatan aku ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Biarkan rindu itu menebal, maka aku akan lebih menghargai. Ya Allah, panjangkan umur aku untuk bertemu dengan orang tua ku. Aamiinn..

Kadang kala kita tidak mengetahui akan kehadiran rindu itu hingga la kita menampakkan wajah mereka di foto foto yang dikirim. Tika kita melihatkan nombor telefon mereka di ruang skin telefon kita.

Aku doakan rindu ini berpanjangan ke syurga. aamiinn..


Sunday 23 August 2015

Ceghite Intern

Bismillah.

So, here I'm going to tell you about my internship on past two months.

Bermula la kisah.. hahaha



Okey, aku dapat tempat intern di Kepong. Satu company owned by chinese and 99% worker in the company adalah chinese. Jarak tempat kerja dengan u aku tak jauh sangat, dalam 30 minit jarak perjalanan naik motosikal dengan kelajuan 80km/h. Kalau aku speed lagi, boleh jadi 20 minit perjalanan. Tapi mase tu memang mengucap panjang sebab moto dah terbang. hahaha sumpah bahaya. Tuhan bagi umur panjang.

Aku dapat company tu thru carian di internet. Buat carian di Intern.my. Kena pilih jugak la. Before aku accept offer buat intern di Kepong, I got one offer from one company at Damansara. It was business advisory-company profile style. Terfikir jugak nak terima hari tu, tapi sebab jauh and lagi jauh sebab naik motor and no fixed allowance (commission based). I had to reject the offer.

As in the interview done by the company yang based kat Kepong tu, I told them I have to do my internship for 3 months period. But, it was written in offer letter that the company offered me to do my intern for just two months! It was sad yet exciting! hahaha It wasn't a problem as my intern was only optional for my course and my lecturer acknowledged it. Settle masalah.

I was assigned in Marketing department, worked as tele-marketer in corporate sales line. Menakutkan and seronok! hahaha I have to make around 70 to 80 calls everyday! (for the first three week la) hehe then all I have to do is to follow up the client.

It was challenging yet I dare to challenge myself to try this. Aku pernah jugak terlintas nak buat kerja ni. Nah, dapat kan? Buat la. hahaha Dulu kat sekolah kan suka sangat main operator letak pembaris kat tepi tudung konon mcm telefon la kan sambil jari duk taip taip kat meja mcm typing on keyboard. hahahaha

My supervisor was very supportive and kind. As he always said,  don't afraid to make mistakes as I can learn from it. Nasib baik. fuhhh. Alhamdullilah. Tak da la experienced having supervisor yang byk kerenah. teehee Cuma tu la, aku rasa aku layak dapat commission sales. Dapat jugak aku buat sales. Tapi tu la. Hurmm. Misteri nusantara sungguh.

Cabarang Ber-Intern

1) Masjid dan Tandas
Macam aku cakap kat atas, company ni memang chinese (non-Muslim). So, memang takde keje la nak sediakan tempat solat kat aku semata-mata aku intern kat situ. huahua. Nak diceritakan takde tempat solat. Nak diceritakan jugak, tempat tu area perumahan, maka adalah masjid. Tiap kali lunch hour memang la aku akan ke seven-e beli roti makan kat masjid. Settle diet. Settle jimat. hahaha Nasib baik lepas tu bulan puasa.
Nak cerita lagi, kan pukul 1, matahari tgh naik masa tu. lepas sebulan aku perasan yang muka n tangan aku dah ada naik dah shade dye jadi ke gelap gelapan sedikit. hahaa

Satu je aku sedih skit, aku tak sempat nak tanya nama akak yang selalu tegur aku kat masjid tuh.huhu Dye mcm aku jugak, solat zohor kat situ waktu break.

Aku kena kerja di pejabat baru di mana semua benda perabot bilik adalah baru. Kalau gambar, versi raw. belum disentuh dan diedit lagi. Maka tandas nya tiada air melainkan paip singki dan flush. Bayangkan lah. Maka dengan izin Tuhan, aku melaksanakan kewajipan dan tuntutan hak badan aku di masjid. Semoga Allah memberkati orang yang jaga masjid tu.

2) Highway
Dari Gombak ke Kepong, aku lalu jalan Taman Layang-layang tu. Tiap pagi memang aku akan harung debu gila debu. haaaa amik ko. hahaa Mungkin itu antara muka aku bertindak balas dengan kedebuan tersebut. Sabor je.

Highway tu byk susur keluar ke kiri, maka jalan line kiri memang mcm lahabau la bawa kereta, dengan aku jadi palesit bawa motor laju. Sama ada aku langgar orang atau orang langgar aku. Tapi tu la, Tuhan nak lindung aku lagi. Alhamdullilah.

3) Bosan
Sebab kan aku sorang je yang buat intern kat situ dan tak de officemate kat pejabat baru tu. Bila takda keje dan keje siap, tahap kebosanan mencecah 100 celcius. Menggelegak tahu. hahaha
Tapi, chill la. Facebook n Youtube kan ada.

Keseronokan Ber-Intern

1) Belajar
Serious talk, aku belajar banyak sangat perkara baru, ilmu baru skill baru dan macam jenis yang baru la. haha Sebab tu sedih sikit dapat intern 2 bulan je. Cara cakap kat phone, cara pegang phone nak bg orang dengar, disiplin bangun pagi, amanah buat kerja, rasa berdosa bukak utube (dah takde keje), berdikari, dapat skill bw moto kat highway mcm palesit dan sebagainya. hahaa

2) Cuti
Aku dapat extra cuti 3 minggu sebab aku habis intern 2 bulan je weh! hahaha Masa cuti raya hari tu pon aku cuti seminggu. Sakan sungguh. Tapi cuti kena potong elaun r.

3) Elaun
Harusla ni pon keseronokan. hahaa Aku punya elaun rate boleh tahan tinggi la compare kawan aku yang lain (tahap kerja yg lebih kurang).

4) Operator
Buat corporate sale ni banyak deal dengan company. Bermacam jenis peel perangai jenis operator aku dapat. Bermacam jenis auto operator ada. Seronok wey. hahaha

5) Office-wear
Aku pakai baju kurung dua kali je. Waktu interview dan last day keje. hahaha. Hari lain memang akau akan pakai jeans and tshirt/blouse sahaja. Sekian.

Extra Ke-Seronok-Kan

1) Singgah Berbuka
Haa, bukan singgah sahur tapi singgah berbuka. Aku intern dalam bulan Ramadhan. Kebanyakan hari aku akan ke masjid-masjid berdekatan untuk berbuka. Dengan geng la. 2 orang senior. Seronok wey. Terisi sangat masa and produktif. hahaha Kalau malas, buka pose kat masjid u je.

2) Latihan EMNC
Sebabkan bulan puasa adalah waktu crucial utk team practice. Kena turun padang untuk join latihan presenter and update semua kerja. Sebab tu la aku bersyukur sangat dapat assistant yang reliable gila, mmg recommended la. hahaa

****

Tu je la kot yang tertulis meski ada lagi yang tak tertulis dan yang melekat di hati dan kepala ini tak terluah dengan tulisan. Gituuu. hahaha

hakak payung satu gambar kat opis. hehe

Aku sarankan buat la praktikal. Its gonna be a very good experience and you will gain unexpected knowledge. Aku belajar cari keseronokan sendiri dalam kebosanan dan tekanan. Aku belajar siapkan kerja walau tiada hati nak siapkan. hahaa Tapi tu la, ni kan kehidupan.

Aku tengok kawan aku semua intern kat tempat best. Kerja lagi best. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sebab memang itula sebaik-baik rancangan untuk aku. Mungkin sebab tu jugak aku berpeluang merasai berbuka dan bertarawikh di rumah-Nya lebih banyak pada tahun ni berbanding sebelumnya (sebab pose tahun lepas aku kerja sampai malam). :D


Panjang aku bebel. hahaha Akhir kata.Bersyukur dengan apa yang ada dan Berusaha untuk yang lebih baik-ayah aku kata.

Wassalam.
XOXO



Friday 31 July 2015

Lauk

Bismillah

Lots to tell and story here. haha
Currently in the midst of prepare the team to compete in annual competition. That is Enactus Malaysia National Cup 2015. Weehoo!! Super excited and worry at the same time. haha
But to tell you, i'm a proud mama of having a reliable assistant and high-spirit team. muahahaha yeahhh

To the certain point, I am so serious that I got mad over little joke that my team did. Tak matang lansung, macam aku sorang je stress. hahaa sorry guys.
To be honest, I'm seeking perfection from the team and that is wrong. The presenters are struggling with the script memorization and all sort of voice projection, the multimedia team has forgo their sleep to finish the presentation slide, the annual report has done their job and I keep my asst near to me up to the point he can barely breath, doing chores (admin stuff) that I asked him. hahaha
*Nora bagi lima bintang* - tetiba. hahaa

So yeah, here I am in this very early morning writing some post up in the blog telling you the efforts from my team that they had to put in for the sake of the competition.

I'll tell more on next post up. (kalau rajin) hahaa

Lauk is a mixed of basic food as the main ingredients and variety of rempah ratus adabi, eh? hahaa
The important part is the 'mixed'.
A lot to share, to tell and to gossip. buahahaha
For today is a remark of my end in practical training! Well, it was only for two months with many holidays coupled with it. Lucky me!

This one I promise to write up here. (soon very soon, after the competition)

And the competition is on this upcoming Monday and Tuesday. Hope it will be great with no prejudice and negative neuron. hahaha Cant wait to meet up old friends and being there as a proud Enactus. :D

Till then, see you.
I am Enactus


Wednesday 1 July 2015

Ketua

Bismillah

Mulut ini kadang2 tidak dijaga dengan baik. Mudah saja menutur perkara yang tidak elok mengenai orang lain. Dikatanya orang itu begini kerjanya, begitu kerjanya. Padahal kerja itu tidak menepati citarasa tuan badan ini. Sudah kalau kerja diambil enteng, konon tiada minat pada kerja maka berlepas tangan sahaja. Yang menjadi mangsa, ketua. 


Tahukah kita menjadi ketua itu perlu banyak fikirnya. Bukan hal seorang sahaja. Mudah sekali kau mengatakan ketua ini tidak ada kerja apa2. Ketua ini sekadar memberi arahan dan bergelak ketawa lagak tiada kerja. Ketua ini tidak kesah untuk kau mempersoalkan, tapi ketua ni punya perasaan. Rasa sentap bagai tiada apa yang ketua ini lakukan.

Tapi seorang ketua harus kuat, tidak mudah untuk merasa lemah. Masih sabar dalam santunnya meski kedengaran suara ketua ini keras kepala bukan main lagaknya. Ketua ini cuba untuk bertolenrasi. Moga dapat kebaikan bersama.

Ketua ini tahu kamu jujur, tidak perlu la menghukum apa yang tidak perlu. Sudah muka ketua ini memang begini, kalau sedih, sedih la mukanya, kalau marah, marah la mukanya. Sudah memang begini tidak dapat disembunyikan apa di hati dari terluah di mukanya. 

Wahai ketua, jagalah mulut tika berbicara. Mungkin ada yang terasa, ada yang tidak selesa. Ketua itu harus telan kata pedas mana yang menyentap, mana yang terasa kerana masih ada kerja yang ketua ini harus jaga dan laksana.

Duhai catatan jiwa, mungkin ini menyebelahi si ketua kerna si ketua penulisnya. Biarkan catatan ini mengingatkan si ketua untuk terus belajar menjadi ketua. Maafkanlah ketua ini kerana masih bodoh dalam menjadi ketua.


Sekian,
Ketua ini.

Friday 29 May 2015

Self-confidence is a skill.

Bismillah.

I want to share one of my favourite TED video. TED is a series of motivational talk from most inspiring speaker all around the world. They are incredibly awesome in their own way to motivate people. Listened to many video about self-confidence and whatnot, but this is the best among them which I personally like.

Listen and go get your self-confidence now!


Moga bermanfaat. Chio! :D

Sakit perut?

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Kebelakangan ni selalu je kena cramp perut. Sakit oi. Macam gastrik, tapi tak seteruk gastrik la.
Semangat la kita ni google tips nak hilangkan sakit perut sebab masuk angin. Banyak bagi petua makan bawang putih, air rebusan bunga cengkih dan macam-macam la.

Ada nasihat suruh jaga makan dan sekian-sekian. Mana sempat, dah jadi pon. Satu lagi nasihat suruh minum air kosong banyak-banyak.

Bila tinggal di hostel, menjadi satu halangan untuk mendapatkan bawang putih dan bunga cengkih di tengah malam buta ini. Nak cari celah mana hoi? hahaha

Alternatif yang paling berkesan setakat ini yang memang selalu diamalkan ialah meminum air masak sebanyak yang mungkin. Biar ruang perut kosong tu ada air. hahaa
Jadi angin akan berkurangan. Method ni lambat sikit tapi InsyaAllah berkesan.

Sekarang aku dah boleh menaip di blog ini dengan kesukaan riang hati gembira. hahaa

Moga bermanfaat. Wassalam.

Wednesday 20 May 2015

Caj

Assalamualaikum



Duduududuududuuduuu lalalala


I am so happy today as I finally realizes (after few weeks) that I can power myself on surplus of positive charge over negative charge. Clap clap! hahaa

May the odds (with goodness) be with me. :D 


Never underestimate the struggle within ourselves, it is the most powerful booster in this life!

May Allah eases our days and nights with His blessing. aamiinn




Sunday 10 May 2015

Of Phases in Life

Bismillah.

Being a girl or I would say a big girl, hahaa in my twentieth years of life. This is one phase where all the conflicts, interest and priorities are mixing up. This is not good but it is a reality.

To make things all clear and get organized, we learn from mistakes and we ask the elders almost about everything.

Moving forward, this is a phase where true friends stay, connect back with old friend, do something to please people around us and got confuse between needs and wants (sometimes). Here is a phase we learn to differentiate what is important and what is not (from our mistakes).

Feeling super insecure towards future career, partner and life is super normal for a super normal human being. But being normal is boring, eh? hahaa
Undoubtedly, we have uncertainty about our future but fear not, don't make the future expectation to ruin our current time. Of course, what we do now determines what our future is. Its just that don't let the all so called uncertainty and expectation limit our dreams now.

Being a girl in this phase is a golden opportunity to shine and to learn as much as we want! This phase of life is one white canvas for us to decorate and paint it with colors. We learn from doing and we cannot skip of try and error method. Let me say it again, this is normal process to learn. To be not normal person or I called it super awesome person is we have to accept our flaws, learn from mistakes and always being awesome. hahaa

Work hard and stay humble.

This life is one chapter of phases from our eternal journey as human. May Allah eases our journey towards the end.

This is me after several plastic surgery and wearing blue contact lens. (Fake fact!) hahaha

Thursday 7 May 2015

hilang

Bismillah.

It has been 3 months ago since my last blog post.
hahaha
I got carried away in my super busy student life.. i think so. haha

Biasa la, nak dekat final ni, barula nak feeling tulis tulis balik. hahaa
But, I miss to write actually. I tried keeping a diary but I can not coop with it for long time. Too afraid that someone will read it. hahaa lol, paranoid gile.

Minggu ni rasa kosong. Jiwa kosong.


Lepas balik dari cuti (I went home to Terengganu! yayy!), yang 2 hari cuti tuh. Nahh, not really related with the balik kampung pun sebenarnya.

Its just that. I need to find myself again. Mana semangat aku yang dulu kalau kau nak lawan sure kalah dengan semangat aku. Kuat nya semangat tu dulu. Mungkin sebab harapan dan impian sudah ada yang tercapai (mungkin). Ruang bersama ayah dan emak, susah mereka penat lelah aku dapat lihat.

Truth to be tell, from my 3 years (almost) as degree student, I only satisfied with my own academic achievement for that one short semester. For that particular semester,,,all the hard work, entertainment-less day and one solid aim was paid beautifully. I still have 3 long semester to back up what I already lost along the way.

Benarla kata Tuhan dalam al-Quran. "Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah selagi kaum itu tidak merubahnya" (lupa ayat mana).

To be honest, like truly honest. I have love-hate relationship with Instagram, Facebook, all types of movie and bed.

I really hate them up to the point that I want to get rid all of it. Like deleting all the accounts and movies and sleeping on the floor!

But I can't!

I have to be realistic. I must change my view on those sakit mata jiwa raga penyebab kepada masalah aku. Discipline! Discipline! Discipline!




Wassalam.

*some revision for a test tomorrow. tata.


Tuesday 24 February 2015

Bebaskan minda anda.

Bismillah.

Semester kali ni, lain macam auranya. Aura yang macam kau tak nak tapi selalu dekat dengan kau dan kau perlukan aura ni untuk terus hidup. Metaphore lain macam haaa. Hahaha

Semester ada beberapa perkara yang memberi kejutan dalam hidup aku. Aku rasa aku bermula dari kosong. Semua benda aku rasa baru. Ni la yang aku selalu doakan mungkin. Bagi aku ketabahan dan kekuatan untuk teruskan hidup ni. Bagi aku peluang untuk mencuba perkara baru.



Cabaran yang aku dapat kali ni lain. Tak seperti tugas biasa yang aku dapat. Tugas yang lebih kurang sama dengan sebelum ni tapi weight proportion tu lagi besar. Selama ni aku selesa sangat dengan tugas aku. Dapat ni, baru sedar diri, diri ni tak hebat mana pon. Hahaha

Mula-mula dulu takut jugak. Bimbang, hati-hati sangat dan macam perasaan bercampur baur la. Tapi yang penting aku tahu selagi berada dalam fikiran macam tu aku takkan maju. Aku ambil keputusan untuk keluar dari fikiran macam tu. Aku bebaskan diri aku dengan jenis fikiran macam itu. Orang hebat takkan tinggal dalam kemelut jiwa dan fikiran yang kacau. Kena bersatu hati dan akal. Tubuh yang sihat juga beri sokongan padu. The most important essence is the faith we have in Allah subhanallahutaala.

I keep reminding myself, I have parents, family that always being my true backbone during my ups and downs. I have my super supportive friends that willing to be beside me for whoever I am. I just need to look around myself and spot them. They are always there.

Bimbang fikiran itu datang balik. Itu biasa bagi seorang manusia. Hatta hati selalu berbolak balik. Mari kita arahkan pergolakan fikiran dan hati kita ke arah satu tanda mercu yang positif. Bersangka baik. Selesaikan dengan berhikmah. Kuatkan pegangan. Jalankan amanah.

Doa untuk aku okay? :D




Tuesday 27 January 2015

Cuti

Assalamualaikum

Cuti semester ni dah tinggal seminggu. this is my last week of three weeks sem break. 
I need more holiday! hahaha who wouldn't, right? 

Dah boleh bayangkan my life for next semester. I am going into third year of my degree life. Ya Allah, dah jadi senior. Tapi aku masih muda dan rasa muda. hahaha

Of my three weeks holiday, aku boleh bilang berapa kali je outing. Most of the days, I spent my holiday at home! reason nya sebab aku malas and home is the best place! Munasabah sangat sebab aku nih. 

Aku rasa blog aku nak kena repair nih. Tengok la nanti. hehe

I need sleep, so chiao.

Wassalam.

This picture is so cool!