Saturday 18 August 2012

Sebelum Raya =DD


=D SALAM LEBARAN AIDIL FITRI =D


Assalamualaikum comey2 n gojes.

Pernah dengar tak pasal Sebelum Raya ,macam tajuk crita raya kan
and YES aku nak citer kejadian di malam raya happened to me =XX

tak sabau sabau nak citer kannn~ haha

mood nak buat kek tetiba menerjah gitu
pergi la beli bahan bahan buat kek sebab ade sikit bahan yang takde lagi kat umah

google lah sumbernye


destinasi pertama melabur duit di Sabasun okay
usai membeli barang di situ
menuju lah kaki + badan + kepala yang masih bernyawa ini ke parking motor
dan di situ
somebody tegur i !!
"angah~"
aku pon berpaling lah.. dan aku dan dye sama2 jerit " angah ! " haha
upenya kawan sekampung zaman hingusan yang comey manis gitu =D
bab kata orang BFF u know..hehe
oh,seriously she makes my day
teringat dulu dulu pernah mandi kolah sama sama
kejar kejar kat kebun
indah kan kampung =DD
aku dan dye masing masing angah dalam family, n we call each other angah ^_^

menuju pula aku ke destinasi kedua
senang cerita, lepas aku beli semua barang tuh
nak balik la kan?
nak start motor, tapi TAK HIDUP itu punya motor.. HUA3 T_T
maka tetiba muncul lah seorang mamat berbaju biru gempal sedikit tubuhnya bertanya
" motor tak hidup ke?" masa tu dan tika itu. DUSH! malu nye ;')
bukan salah motor aku pon, salah skill aku yang dah berkarat bw motor..HAHA
mamat baek hati tu pon tolong la start kan motor 'kesayangan' aku tuh
nak keluar dari parking lot tuh,girls yg dalam kreta (kreta mamat biru tu bawa) duk gelak je okay
aku pon senyum la =) 
haha, seriously pangkat ak as rempit sejati dah turun satu bintang.. =SS

hal takdelah orang cakap big deal sangat pon
tapi ak nak tulis jugak kat sini, sebab nanti aku boleh baca balik ^o^


oleh itu : : : :


pic : google

MOHON MAAF ANDAI ADA KHILAF SEPANJANG BERKENALAN 



Terima Kasih XOXO

Update status: 85% kerja mengemas setiap sudut dapur telah siap.

Assalamualaikum
Selamat bersahur utk sahur kali terakhirnya bulan pose tahun nih ='

Tiap tahun nak sambut hari raya puasa, my along n i will stay up sampai pagi untuk kemas rumah.
" why korang kena stay up? "
sebab kami kami suka buat kerja last minute.HAHA dan kami kami memang suka tidur lewat,so its not weird for us nak stay up sampai ke pagi buta nih. =D



Dan tiap kali kami bersengkang mata menyiapkan kerja kerja yang tertunda, paling kurang ada sikit perselisihan antara kami kami.
" kenapa lak korang gaduh? "
sebab kami suka cari pasal dan kami suka dengki.HAHA
seriously,YES. sape curi tidur memang nak cari nahas penampau. okay. tak. kami tak tampar sesama sendiri. kami adik beradik yang bertamadun. ceewaahh.... =D

Tibanya pagi raya, mata mata kami akan bengkak dan sembab dek tak cukup tidur pada malam raya tersebut.
kes mata sembab dan sebagainya telah berkurangan semenjak 2 3 tahun lepas.
" korang pakai face mask sebelum tidur ye? "
TAK. face mask mahal okay. hahaa. akak aku je yang mampu pakai topeng muka itu,aku mampu amik air wudhu' jer. baek bunyinya bukan? =DD
kami kami kan dah keanjakan sedikit umurnya,so retila nak buat kerja awal awal. ngeh =3

Tahun ni laen sedikit ceritanya


my along could not coming home for raya sebab dye bertugas!!
okay. dye tak balik for first day of raya. huhu
kami kami yang berada di rumah ini memang dah sedia maklum yang raya ni dye takkan balik raya. well,u know la,freshie kan,mesti beralah untuk senior balik raya.
so, we REDHA for that circumtances.

Dan pada malam ini aku banyak buat kerja sorang sorang. hurmm.mungkin TAK. DJ radio klasik nasional teman aku. " cey,radio tu ko dengar.." well,haha
and to my suprise, my adik bongsu named aida lend me her hand. nice adik la! dye sanggup stay up ngan aku. sayang la eda. hehe. tapi, dek kerana aku ni baek sikit,ak suh la dye tidur dulu..hehe

Aku taklah sedih mana,cuma terasa sedikit di sanubari ini..hoho
" mak ko x tolong ke kemas rumah ni? "
YA. TAK. YA. TAK.
maksudnya tak tolong banyak bab bab kemas rumah ni, apa guna anak comey dye nih ada kat umah.haha.. bagi la mak aku rehat. dye penat. aku tak kesah pon sebab dalam masa setahun ni,bila je mak aku betul2 rehat dari kerja2 rumah ni..kan kan. hehe =XD

Yang nak cakap TERIMA KASIH pada asalnya tu ialah


Doktor & Jururawat & Staff di hospital
Polis & Askar & Bomba yang sentiasa bersiap siaga
DJs radio yang setia di kontinya
Pak Cik lori dengan lori besarnya
semua muslimin dan muslimat di seantero dunia yang tak dapat balik raya with family tahun ni (untuk hari raya pertama khasnya) sebab anda anda dan anda menjalankan tugas masing masing supaya kitaran kehidupan di dunia berjalan seperti biasa walaupon pada hari raya.


ps: esok tenteta tentera terlatih iaitu adik kembar aku akan tolong aku kemas rumah. hahaa *gelak datin =DD
pps: post kali ni saja saja dedicated utk akak aku. oh ya, mcm lama jer kami kami kemas rumah kan, rumah takla besar tapi kami kami suka buat kerja santai santai gitu. hihi =S

Thursday 9 August 2012

20th Ramadhan

Assalamualaikum =D
ohaiyou gozaimasu minna san =D
Selamat bersahur =D

Dah sepuluh yang terakhir kan utk Ramadhan kali ni
Semoga kita ada jodoh dengan Ramadhan yg akan datang. InsyaAllah ~


Amalan sunat dikira wajib untuk pahalanya
Amalan wajib dikira berlipat kali ganda pahalanya

Jom kita meriahkan hari2 kita dengan baca al-Quran


- pic was taken during TAWE ; by committe WBC -

:: REMINDER ::

Kawan saya ada beraya di Mekah tahun ni. Subhanallah. Semoga dipermudahkan urusannya =)
Assalamualaikum =D



Wednesday 1 August 2012

11th Ramadhan.

SALAM RAMADHAN KAREEM =D


teman bersahur dan berbuka
geng gelak jahat ketika bersahur dan berbuka
awop awop pau stok makanan ketika bersahur dan berbuka
budak budak yang rajin buat air semasa bersahur dan berbuka
sahabat yang kejutkan untuk bersahur dan panggil untuk berbuka


kadang kadang
bersahur dan berbuka bersama mereka akak tomey ;p
best bila dapat pau akak kiter
introduce my new family member a.k.a abg ipar hensem =D
kite suke pau duet dye ^__^


sempat jugak balik kampung minggu lepas bersahur dan berbuka with my beloved-ever family
teehee =DD

ini gambar ayam belanda.
taken on eid last year at umah mak sedare.
kalau ayam ni aku panggang best nih. haha


Allah dah bagi a unique + good life for me, my own life, my own version of NHN and i'm thank for that.
Alhamdullilah.