Thursday 22 October 2015

Tetibu rindu. Setiap hari rindu.

Bismillah.

Segan jari menari di papan kekunci kerna ada satu janji tidak dikotakan lagi. Meski sudah berlalu, akan aku cuba kotakan ia pada satu waktu.

Rindu.
Setiap hari akan ada satu perasaan yang tetiba merasa rindu. Rindu pada suara ayah, rindu pada bebelan emak. Rindu bergaduh kata dengan adik beradikku. Setiap kali ada tiba sahaja rindu ini. Setiap hari.

Kalau rindu, katakan rindu. Buat panggilan atau apa sahaja.
Tapi aku tidak ada kebiasaan itu. Lagipun ada beberapa hari lagi menjelang keberangkatan aku ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Biarkan rindu itu menebal, maka aku akan lebih menghargai. Ya Allah, panjangkan umur aku untuk bertemu dengan orang tua ku. Aamiinn..

Kadang kala kita tidak mengetahui akan kehadiran rindu itu hingga la kita menampakkan wajah mereka di foto foto yang dikirim. Tika kita melihatkan nombor telefon mereka di ruang skin telefon kita.

Aku doakan rindu ini berpanjangan ke syurga. aamiinn..