Sunday 23 August 2015

Ceghite Intern

Bismillah.

So, here I'm going to tell you about my internship on past two months.

Bermula la kisah.. hahaha



Okey, aku dapat tempat intern di Kepong. Satu company owned by chinese and 99% worker in the company adalah chinese. Jarak tempat kerja dengan u aku tak jauh sangat, dalam 30 minit jarak perjalanan naik motosikal dengan kelajuan 80km/h. Kalau aku speed lagi, boleh jadi 20 minit perjalanan. Tapi mase tu memang mengucap panjang sebab moto dah terbang. hahaha sumpah bahaya. Tuhan bagi umur panjang.

Aku dapat company tu thru carian di internet. Buat carian di Intern.my. Kena pilih jugak la. Before aku accept offer buat intern di Kepong, I got one offer from one company at Damansara. It was business advisory-company profile style. Terfikir jugak nak terima hari tu, tapi sebab jauh and lagi jauh sebab naik motor and no fixed allowance (commission based). I had to reject the offer.

As in the interview done by the company yang based kat Kepong tu, I told them I have to do my internship for 3 months period. But, it was written in offer letter that the company offered me to do my intern for just two months! It was sad yet exciting! hahaha It wasn't a problem as my intern was only optional for my course and my lecturer acknowledged it. Settle masalah.

I was assigned in Marketing department, worked as tele-marketer in corporate sales line. Menakutkan and seronok! hahaha I have to make around 70 to 80 calls everyday! (for the first three week la) hehe then all I have to do is to follow up the client.

It was challenging yet I dare to challenge myself to try this. Aku pernah jugak terlintas nak buat kerja ni. Nah, dapat kan? Buat la. hahaha Dulu kat sekolah kan suka sangat main operator letak pembaris kat tepi tudung konon mcm telefon la kan sambil jari duk taip taip kat meja mcm typing on keyboard. hahahaha

My supervisor was very supportive and kind. As he always said,  don't afraid to make mistakes as I can learn from it. Nasib baik. fuhhh. Alhamdullilah. Tak da la experienced having supervisor yang byk kerenah. teehee Cuma tu la, aku rasa aku layak dapat commission sales. Dapat jugak aku buat sales. Tapi tu la. Hurmm. Misteri nusantara sungguh.

Cabarang Ber-Intern

1) Masjid dan Tandas
Macam aku cakap kat atas, company ni memang chinese (non-Muslim). So, memang takde keje la nak sediakan tempat solat kat aku semata-mata aku intern kat situ. huahua. Nak diceritakan takde tempat solat. Nak diceritakan jugak, tempat tu area perumahan, maka adalah masjid. Tiap kali lunch hour memang la aku akan ke seven-e beli roti makan kat masjid. Settle diet. Settle jimat. hahaha Nasib baik lepas tu bulan puasa.
Nak cerita lagi, kan pukul 1, matahari tgh naik masa tu. lepas sebulan aku perasan yang muka n tangan aku dah ada naik dah shade dye jadi ke gelap gelapan sedikit. hahaa

Satu je aku sedih skit, aku tak sempat nak tanya nama akak yang selalu tegur aku kat masjid tuh.huhu Dye mcm aku jugak, solat zohor kat situ waktu break.

Aku kena kerja di pejabat baru di mana semua benda perabot bilik adalah baru. Kalau gambar, versi raw. belum disentuh dan diedit lagi. Maka tandas nya tiada air melainkan paip singki dan flush. Bayangkan lah. Maka dengan izin Tuhan, aku melaksanakan kewajipan dan tuntutan hak badan aku di masjid. Semoga Allah memberkati orang yang jaga masjid tu.

2) Highway
Dari Gombak ke Kepong, aku lalu jalan Taman Layang-layang tu. Tiap pagi memang aku akan harung debu gila debu. haaaa amik ko. hahaa Mungkin itu antara muka aku bertindak balas dengan kedebuan tersebut. Sabor je.

Highway tu byk susur keluar ke kiri, maka jalan line kiri memang mcm lahabau la bawa kereta, dengan aku jadi palesit bawa motor laju. Sama ada aku langgar orang atau orang langgar aku. Tapi tu la, Tuhan nak lindung aku lagi. Alhamdullilah.

3) Bosan
Sebab kan aku sorang je yang buat intern kat situ dan tak de officemate kat pejabat baru tu. Bila takda keje dan keje siap, tahap kebosanan mencecah 100 celcius. Menggelegak tahu. hahaha
Tapi, chill la. Facebook n Youtube kan ada.

Keseronokan Ber-Intern

1) Belajar
Serious talk, aku belajar banyak sangat perkara baru, ilmu baru skill baru dan macam jenis yang baru la. haha Sebab tu sedih sikit dapat intern 2 bulan je. Cara cakap kat phone, cara pegang phone nak bg orang dengar, disiplin bangun pagi, amanah buat kerja, rasa berdosa bukak utube (dah takde keje), berdikari, dapat skill bw moto kat highway mcm palesit dan sebagainya. hahaa

2) Cuti
Aku dapat extra cuti 3 minggu sebab aku habis intern 2 bulan je weh! hahaha Masa cuti raya hari tu pon aku cuti seminggu. Sakan sungguh. Tapi cuti kena potong elaun r.

3) Elaun
Harusla ni pon keseronokan. hahaa Aku punya elaun rate boleh tahan tinggi la compare kawan aku yang lain (tahap kerja yg lebih kurang).

4) Operator
Buat corporate sale ni banyak deal dengan company. Bermacam jenis peel perangai jenis operator aku dapat. Bermacam jenis auto operator ada. Seronok wey. hahaha

5) Office-wear
Aku pakai baju kurung dua kali je. Waktu interview dan last day keje. hahaha. Hari lain memang akau akan pakai jeans and tshirt/blouse sahaja. Sekian.

Extra Ke-Seronok-Kan

1) Singgah Berbuka
Haa, bukan singgah sahur tapi singgah berbuka. Aku intern dalam bulan Ramadhan. Kebanyakan hari aku akan ke masjid-masjid berdekatan untuk berbuka. Dengan geng la. 2 orang senior. Seronok wey. Terisi sangat masa and produktif. hahaha Kalau malas, buka pose kat masjid u je.

2) Latihan EMNC
Sebabkan bulan puasa adalah waktu crucial utk team practice. Kena turun padang untuk join latihan presenter and update semua kerja. Sebab tu la aku bersyukur sangat dapat assistant yang reliable gila, mmg recommended la. hahaa

****

Tu je la kot yang tertulis meski ada lagi yang tak tertulis dan yang melekat di hati dan kepala ini tak terluah dengan tulisan. Gituuu. hahaha

hakak payung satu gambar kat opis. hehe

Aku sarankan buat la praktikal. Its gonna be a very good experience and you will gain unexpected knowledge. Aku belajar cari keseronokan sendiri dalam kebosanan dan tekanan. Aku belajar siapkan kerja walau tiada hati nak siapkan. hahaa Tapi tu la, ni kan kehidupan.

Aku tengok kawan aku semua intern kat tempat best. Kerja lagi best. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sebab memang itula sebaik-baik rancangan untuk aku. Mungkin sebab tu jugak aku berpeluang merasai berbuka dan bertarawikh di rumah-Nya lebih banyak pada tahun ni berbanding sebelumnya (sebab pose tahun lepas aku kerja sampai malam). :D


Panjang aku bebel. hahaha Akhir kata.Bersyukur dengan apa yang ada dan Berusaha untuk yang lebih baik-ayah aku kata.

Wassalam.
XOXO



1 comment:


  1. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete