Wednesday 1 July 2015

Ketua

Bismillah

Mulut ini kadang2 tidak dijaga dengan baik. Mudah saja menutur perkara yang tidak elok mengenai orang lain. Dikatanya orang itu begini kerjanya, begitu kerjanya. Padahal kerja itu tidak menepati citarasa tuan badan ini. Sudah kalau kerja diambil enteng, konon tiada minat pada kerja maka berlepas tangan sahaja. Yang menjadi mangsa, ketua. 


Tahukah kita menjadi ketua itu perlu banyak fikirnya. Bukan hal seorang sahaja. Mudah sekali kau mengatakan ketua ini tidak ada kerja apa2. Ketua ini sekadar memberi arahan dan bergelak ketawa lagak tiada kerja. Ketua ini tidak kesah untuk kau mempersoalkan, tapi ketua ni punya perasaan. Rasa sentap bagai tiada apa yang ketua ini lakukan.

Tapi seorang ketua harus kuat, tidak mudah untuk merasa lemah. Masih sabar dalam santunnya meski kedengaran suara ketua ini keras kepala bukan main lagaknya. Ketua ini cuba untuk bertolenrasi. Moga dapat kebaikan bersama.

Ketua ini tahu kamu jujur, tidak perlu la menghukum apa yang tidak perlu. Sudah muka ketua ini memang begini, kalau sedih, sedih la mukanya, kalau marah, marah la mukanya. Sudah memang begini tidak dapat disembunyikan apa di hati dari terluah di mukanya. 

Wahai ketua, jagalah mulut tika berbicara. Mungkin ada yang terasa, ada yang tidak selesa. Ketua itu harus telan kata pedas mana yang menyentap, mana yang terasa kerana masih ada kerja yang ketua ini harus jaga dan laksana.

Duhai catatan jiwa, mungkin ini menyebelahi si ketua kerna si ketua penulisnya. Biarkan catatan ini mengingatkan si ketua untuk terus belajar menjadi ketua. Maafkanlah ketua ini kerana masih bodoh dalam menjadi ketua.


Sekian,
Ketua ini.

2 comments:

  1. Hai ketua, ketua itu ketua kerana si ketua layak menjadi ketua dan ia atas bahu si ketua untuk buktikan dia layak dan dia kuat dan dia sememangnya seorang KETUA atas definisi yang sebenar, bukan berdasarkan definisi si pendek akal. Love, xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aauuw ummul T_T, just realized ur comment here. Terima kasih untuk kata kata tu. Doakan moga kita jadi ketua yang terbaik untuk diri kita sendiri :D Miss you :*

      Delete