Friday 29 May 2015

Sakit perut?

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Kebelakangan ni selalu je kena cramp perut. Sakit oi. Macam gastrik, tapi tak seteruk gastrik la.
Semangat la kita ni google tips nak hilangkan sakit perut sebab masuk angin. Banyak bagi petua makan bawang putih, air rebusan bunga cengkih dan macam-macam la.

Ada nasihat suruh jaga makan dan sekian-sekian. Mana sempat, dah jadi pon. Satu lagi nasihat suruh minum air kosong banyak-banyak.

Bila tinggal di hostel, menjadi satu halangan untuk mendapatkan bawang putih dan bunga cengkih di tengah malam buta ini. Nak cari celah mana hoi? hahaha

Alternatif yang paling berkesan setakat ini yang memang selalu diamalkan ialah meminum air masak sebanyak yang mungkin. Biar ruang perut kosong tu ada air. hahaa
Jadi angin akan berkurangan. Method ni lambat sikit tapi InsyaAllah berkesan.

Sekarang aku dah boleh menaip di blog ini dengan kesukaan riang hati gembira. hahaa

Moga bermanfaat. Wassalam.

No comments:

Post a Comment