Sunday 28 July 2013

oat.

assalamualaikum temen-temen.

kali ini marilah kita sama-sama menghayati penulisan dalam bahasa melayu yang betul.
ada orang letakkan sebagai bahasa malaysia.
kenapa aku jadi begini?
ini dek kerana terasa kehempukan di kepala bila mana karangan yang lepas terlalu lah amat banyak kesalahan tatabahasa inggeris atau dikenali sebagai grammar.

baiklah temen-temen.
kalau dikara tarikh hari ini 28 julai 2013, maka mengikut kadar kiraan farait kalendar masihi, hari raya puasa akan jatuh pada 8 ogos 2013. 
makanya, berbaki 10 hari sahaja lagi hari kita untuk berpuasa di bulan ramadhan yang penuh barakah ini.
ini juga bermaksud, kita umat Islam sudah masuk fasa yang ke tiga dalam sekolah tarbiyah ramadhan.
macam mana dengan gred dan pointer (maaf, ini english word) kita sepanjang 20 hari berpuasa?

kalau dalam keadaan gred yang tidak memuaskan, jangan terus berhenti, terus mara dan teruskan perjuangan berada dalam sekolah tarbiyah ini. 
mungkin yang menulis ini pandai menulis sahaja, moga Allah memberi perlindungan dan rahmat kepada kita semua,aamiinnn

panjang muqadimah yang aku cuba sampaikan ini.
ceritanya begini sebenarnya,
bermula semester lepas, aku belajar untuk makan sejenis makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan iaitu oat.
rasa oat memanglah tidak sesedap nasi ayam penyet atau ketam masak lemak cili api, tapi dengan idea yang bernas lagi gileerr, kita boleh menyedapkan rasa oat tersebut.
lantas bagaimana wahai temen-temen?

(1) kurma.
kurma merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
mula-mula, campurkan oat dengan air panas, kacau sebati. lepas tu,terus penyek kan kurma dalam adunan oat tadi. jangan lupe buang biji kurma ye.
rasa manis kurma memang menambahkan selera makan oat.

(2) coklat.
ya. coklat. coklat satu makanan yang dikatakan oleh sumber sipi-sipi yang dapat menguruskan badan. nak percaya? silakan. =) campur coklat dalam adunan dan kacau rata. berapa gram coklat,terpulang kepada empuya diri. mestila aku letak beberapa kolum coklat dari satu bar besar itu =D dan pilihan terbaik ialah cadbury.

(3) jam
ni bukan jam tangan. ni jam. yang orang sapu kat roti tu okey. pilih jam yang manis seperti choc peanut jam atau blueberyy jam. bila dah sebati dengan oat, rasanya lebih kurang bila kita campur dengan coklat.

(4) serunding
aku pernah buat kombinasi ni. aku letakkan serunding daging. kali ini untuk variasi oat pedas, boleh guna serunding. rasanya agak kelakar, aku tak tahu nak kata macam mana. siapa berani, buat dan makan =D

(5) milo 
adunan oat dicampur dengan milo, memang best. rasanya lebih kurang macam campur coklat. tapi rasa milo lah yang nyatanya. hahaa

(6) horlicks
kalau temen temen kata rasa seperti letak milo, salah. sangat laen rasanya. nak kata rasa macam susu pon tak. agak muat sedikit bila campur dengan horlicks. tapi, kalau nak rasa kelainan dalam sajian oat, apa salahnya untuk mencuba.

dan sebenarnya banyak lagi kalau temen temen cari resepi kat rumah pak cik google. kalau korang campur dengan buah pon best, cari buah yang masam sikit macam strawberi atau kiwi. sebelum korang letak dalam adunan oat, korang salut dengan air gula atau madu. boleh juga guna buah mangga masak.

paling mudah, temen temen campur je dengan susu segar atau madu. madu jangan letak banyak macam susu segar pulak. berkadar cukup je la ye temen temen.

sekian sahaja, perkongsian rasa dan resepi dari sudut loker kecil dalam bilik asrama.

aku teringin nak campur oat dengan kordial, agak-agak apa rasa?


No comments:

Post a Comment