tika aku sedang berdukacita, mengapa aku sendiri
manusia lain lebih teruk berduka
sahabat menahan sakit yang tidak terperi
teman teman mengagahkan diri
menahan lapar tidak terperi
aku di sini masih belum mengerti
apakah punca wahai diri
tika dulu aku petah berkata-kata
tapi kosong
tidak bermakna
konon cuba tonjolkan diri
sayang
sia-sia sahaja
berdebat kononnya
tiada bukti tiada hujah
yang dapat membela diri
sayang
inikah aku empunya diri?
kalian hebat berkata
idea tuhan yang kurnia
memetik kata oleh Maha Pencipta
untuk dikongsi kepada semua
aku kagum
benar kagum
benar rindu
akan biah solehah dulu
kalian tetap setia
tapi aku?
bukan satu kepastian
bukan jua satu kewajipan
tapi aku ingin sekali mengiyakan
tanah wakaf itu la
ya di situlah
kalian yang hebat
dididik
di bimbing
dibentuk
menjadi hebat
seperti kalian
tapi aku?
barangkali air mata menitis tidak mencukupi
usaha untuk menjadi hebat seperti kalian aku usahakan
doakan aku wahai sahabat
agar aku bisa menjaga hati
bertutur dengan Kalam Mu ya Allah
berhujah dengan makna
tiada lagi kosong
ada berkata
rindu sekolah bukan pada sekolahnya
rindu sekolah pada kawan dan keseronokkannya
aku berkata
aku rindu tanah wakaf itu
kerana biahnya, kerana gurunya, kerana ilmunya
kerana sahabatku, kerana kenangan itu,
kerana segalanya..
wahai adik-adikku
perliharalah sucinya tanah wakaf itu
sedih aku melihat kamu mencalarnya
jagalah,suburkan dengan Islam
moga Allah menempatkan penyalur ilmu yang hebat di situ
membentuk produk hebat
seperti kalian
aku takut
sedarku hanya seketika
bimbangku
jika ia hanya sementara
moga aku istiqamah dalam segala
baik ilmu dan juga harta
Allah, didiklah hati aku menyintaimu
kurniakanlah aku seseorang untuk terus mencuit aku mengingati Mu
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Allahua'lam
No comments:
Post a Comment