Monday, 12 December 2016

Ceghite Kampus #2

Random Thing Happened to me in Kampus

Alkesahhhh lepas hantar assignment kat bilik lecturer. Aku lepak la kat depan kiosk kat kuliyyah aku ni. Wifi situ laju. Dah satu hari satu malam aku tak buka whatsapp. Lepas balik kampung hari tu.

Okey ceritanya, tengah scroll whatsapp, reply mana patut. Tetiba ada bro ni tanya aku

B: "sibuk tak sekarang?"
Aku: "ermm..tak la sibuk sekarang, kenapa?"
B: "nak mintak tolong jadi juri boleh?"
Aku: *nganga* hahaha "ehh juri apa?"
B: "dengar saya nyanyi boleh?"
Aku: "haaa boleh bolehh" *terkejut akuu hahaha*

maka, aku pun pergila jadi juri dengar dia nyanyi. Cuba teka lagu apa.. hadoiiii haahahaa lupa la, tapi lagu famous jugak. Aku lupa pulak. Nasib tak hensem macam Lee Min Ho. Kalau tak, tang situ jugak aku mintak nombor. hahaha

Aku bagi la rate sekian sekian. Dua kali bro ni nyanyi kat aku. adoiii hahaha Katanya nak masuk competition. Tengah buat preparation la bagai2. Boleh tahan la suara, takde la sedap macam anuar zain tapi takda la sampai nak tutup telinga. haaa gituu..

Habis je sesi aku jadi juri. Ucap terima kasih bye bye. Aku pun berjalan la pulang ke hostel dengan tersenyum kerana masih dalam keadaan tidak percaya. hahaha Kalau la dia tahu aku ni tone deaf. hahaha

aku tak kenal pun siapa, rupanya budak satu kuliyyah aku jugak. Junior mungkin, of course la sebab batch aku paling tua. hahaa. Nak jadi kan cerita, aku terjumpa pulak kat satu kursus ni. Tapi aku tak tegur. Malas akuuu hahaha

okeyy sekiaannn

bukan senang aku nak cerita neh. ekslusif la siapa yang baca ni. hahaa

sambung buat assignment,
budak tahun akhir.

Tuesday, 17 May 2016

Ceghite Kampus #1

haaa musim exam ni rajin pulak aku nak tulis kat blog nih. hahaa
alkesah sebab aku minggu ni saja memang hadap laptop je keje. Habiskan assignment dan report projek. Uia tak buat study week dah. Ada study days je, yakni ada beberapa hari sahaja selepas kelas terakhir sebelum hari pertama final.
Tu belum masuk yang subjek decentralized.

Kali ni aku nak bawa blogpost series. Ceghite Kampus. Kisah-kisah dan cerita hidup yang pernah aku alami sepanjang berada di kampus uia gombak ni. Bila dah tahun akhir ni, lain macam sikit mood dye. hahaaa Sekadar nak bercerita, tak tahu la menarik ke tak. Macam ya macam tak. huahuaa
Konsep lebih kepada cerita2 yang berlaku pada aku atau aku yang buat. heee

Kali ni series yang pertama. Harap aku istiqomah la buat series ni..hehe

***********************

Pasal letupan kecil dengan percikan bunga api cah cah cah.

courtesy from www.blackhorsebeamish.co.uk
Kejadian ni semester lepas. Kes dengan electric kettle.
Masa tu nak buat air ke nak masak maggi. Lupa dah. haha

Alkisah, alang2 nak g amik wuduk, nak masak air la. Lepas solat boleh terus kacau air, haaa nak buat air. petang masa tu.
Maka sembahyang la aku. Kettle tu kat depan aku atas papan seterika. Tengah solat tu dengan tenang tu. Kan kalau kita masak air guna electric kettle tu, Part last bila air dah nak masak, Dye punya gelegak kuat kan. Tapi masa tu kuat lain macam. Siap berasap. Boleh bau terbakar lagi.

Cuak masa tu, ya Allah..tak tahulaa. Nasib baik pakai direct dengan plug point. Bukan pakai extension. Orang kata kalau pakai extension lagi bahaya. Air tu aku acah2 minum. Rasa hangit weh. hahaha

Maka tamatlah riwayat hidup kettle tu yang dah bersama sejak zaman asasi yakni sudah hampir 4 tahun lamanya. Maka terbangla RM50 membeli kettle yang baru. hahaa alhamdullilah

Kes kedua semester ni. Masih lagi dengan percikan bunga api cah cah cah.

Charger phone yang murah tu dengan kabel warna yang murah tu. Nak jadikan kisah, masa tu hujan. Charger tu basah skit. Aku dah lap elok dahh, tak tahu pulak masuk jugak air dalam body charger tu.

Masa aku on plug point. Cazzzz meletup depan aku charger tu. Nasib baik dye meletup dalam charger tu je. Nampak la percikan bunga api tu. Dah satu hal. Maka berhuhu la aku meminjam charger dengan roommate.

Pergila aku ke kedai membeli charger baru. jenis yang sama, kabel remax. Pertama kali beli, rosak. Pergi tukar. Dapat la yang baru. Yang kedua tu, tak sampai 5 kali aku rasa pakai. Meletup jugak. Kali ni bukan basah. Aku tak tahu sebab apa. hahaa Bangun je dari tidur, ehh kenapa tak naik peratus bateri ni. Rupanya sudah tamat jua.

Maka berhuhuhuu lagi guna charger roommate sekali lagi.

Sejak itu, aku dah serik nak beli charger yang jenis gitu rupa. Maka aku ke kedai lain membeli charger baru. Sekali beli laju charger baru 2.0. Suka nya hati ini. hahaha

Yang paling best dua dua plug point dalam bilik aku rosak. Maka berhuhuhu la untuk beberapa hari. Terima kasih la akak ofis mahallah dan abang technician buat kerja laju. Report pagi, esok dah setel.. Terbaiikkk

*******

Lessons learnt:

courtesy from www.maxdraw.it
1) Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmahnya aku dapat charger yang lagi laju dan pakai kettle yang memang aku usha (design) lama dah. hahaa

2) Beli yang mahal sikit untuk kegunaan lama tak apa. Semakin besar ni kena pandai invest duit ke mana.

3) Jangan gedik bagi charger telefon kena air.







**************

Sekian. hehe Baru warm up nih.


by
budak tahun akhir

Saturday, 14 May 2016

Archery

Okey, aku ada crush kat archery sejak sekolah menengah dulu. It was 6 years back, I guess (omoo dah lama tinggal sekolah). hahaha
At that ime, ada this one coach and national team came to my school untuk recruit new potential atlet for archery. I was so eager at that time to try out even I know that I was not that atlet type sangat. hahaha. But it was archery kottt. To get play archery is soooo cool. hehe

I did went to the first training days back then. But after that it was mystery. hahaa The coach was not coming and I didnt know if anyone was selected. 

So upon hearing of having archery skill offered at my uni. Of course I will take this advantage, and I did it! hahaha Aku bersungguh gile masa interview kelas archery, that was in my second year. The tests given by Sir Rudi (our instructor cum coach) comprises many skill. Skill on balance ourself, endurance and also got skill on testing how our brain works! hahaa
I lost marks on balance test I guess because I didnt have enough sleep at night before.

To tell you, I was going there alone and did not bother others. hahaa as long as I can make it. Sampai tahap tu bersungguhnya.

During early semester taking those classes, there was always one girl came up late and with her muka sembil ask around what had the coach taught. Yehh that girl was me! hahaha

Nobody want to entertain me. They all have their gang. I dont have gang in that class. haha Until this one sweetheart poked me and tell me everything for the class' lessons. Her name is Maryam. You must proud if you read this but I'm guessing you couldn't. haha

I was being together with them for three semester. Unfortunately, I wasn't able to join the class this semester because of some conflict with my courses. So sad. huhu
The happy thing is they still regard me as their classmate! They are all so sweet! I'm going smiling all over my face for missing them one day. huhuu

I might join next semester archery class but not with them anymore (after I settled my course problem) hurmmmm 

So, on last 7th May 2016..we had family day at Qiffah's house. The mastermind were four of us, aku farah qiffah and haikal. Because only these four showed up for the meeting hahaha (it was during week with submission due and everything). We planned everything within two weeks and it was a success. Alhamdullilah. Thank you Qiffah and family for the great hospitality u gave us! :D Btw thank you for the RMSY cheese naan too after we went for that shopping! It was so good! hahaha

To share with you, our peak moment and our friendship blooming like the best thing ever happened was during the tournament last year where we were the organizer of the event. Sebenarnya, masa tu la baru kenal siapa budak ni, siapa budak tu. hahaha But we did a great job guys! I was so proud with my prep and tech team. they were just awesome! 

Tomorrow is their final exam for this course (because I'm not taking it) hahaha, so I volunteer to act as "angpau giver" to them tomorrow. It is actually extra money from our previous event. And I'm gonna join them eat breakfast. Of course I know how to menyibuk.. hahaha

Here are some pictures of us together. U guys are one of the sweetheart that give me light and warm presence to me during my stay here in uia. 

masa ni bad tudung day and it was hot. hahaa oh! that is maryam

was in the serious discussion with PM to built-in prize giving ceremony platform haha


dua hero dalam prep tech. kudos guys!

one of my prep tech girl hehee :D

some members of the class did not show up for this pic (dah balik awal..huhu)

during tournament at UPM
sanggup aku screenshot haaaa

most recent picture: family day at Qiffah's house
 May Allah bless this friendship forever and hope we can contact each other for loonggg longgg time in future. Thank you so much to Sir Rudy and Colonel Rahman for enlighten us with the skill and knowledge. May Allah s.w.t. grants both of you good health and keep you both in His blessing. aamiinn.

xoxo
#iamgoingtosleepnow
#hahaa

Thursday, 5 May 2016

Irresponsible

Irresponsible atau dalam bahasa melayu nya bermaksud, tidak bertanggungjawab.

Ya, itu yang aku dapat hari ini. For me to acknowledge it by myself, it can be accepted in some way. But to hear it from other person, it hurts. It hurts really bad. Because it is true.

Bukan aku tak mengaku tu salah aku, tapi dengar dari orang lain dengan nada terus terang, mendatar dan tanpa reaksi muka. Entahla. Aku jadi blank. Dalam hati nak jerit dah, tapi otak blank, mata dah berkaca. Ego tinggi mungkin. Tapi aku tahu tu memang salah aku.

Aku tak reti cerita. Tapi aku tahu salah aku. Aku cuma doa dan harap Tuhan kuatkan aku. Hari hari aku mintak doa mintak Tuhan tolong aku. Bukan aku tak nak. Okey, ada masa memang aku sengaja buat salah tu.

Pokoknya aku nak cerita kat sini, remember guys, your irresponsible attitude will not just effect you. It will effect those people around you. Your family to be specific. Kholas.

Moga ada amal aku yang dikira baik oleh Tuhan. aamiinn.


ps: sekadar coretan.

Sunday, 10 January 2016

Instant Fun Birthday Celebration


Aku tahu tajuk post macam cacthy gempak kew? hahaa

Tapi aku nak mengabadikan memori itu di sini. Cewahhh. Being a year older in my twenty series is fun and exciting. hahaha You cannot expect the same celebration birthday you had in the past year in your life when you were teens. Well, I am still in teen category (by age). hahaa

To be short, it's great to have birthday celebration especially with your loved one. Tapi, aku akan rasa bersalah dan gumbira pada masa yang sama. Paranoid thingy. kahkahh 

So, this year...it was not like real celebration but I am considering it as mine! Yayy!! Narcissism detected. hahaha

As a few of my friends still mistook my birthday date a day earlier, but I am okey with it. It will be your time anyway. So, kita ilek wat kul jah. heeee

Okey so here the things. I received a slice of victoria sandwich cake 3 days before my birthday from Yong. Homemade cake it was! Her cake is so yummeyyyhhh (two thumbs up here). It was not intended for my birthday, but I was treating it like one. hahaha Suka hati laaa. :D

Annndddddd (drum rolls) bammbammbammm *sound effect*

I had two days instant fun birthday celebration that I could not ever imagine (unexpected events!). I am grateful to Allah for the opportunity, times and the memory that were instilled in my chapter of life.

A day before the date. I was planning with Yam to play archery as we had some gaps before our next paper and Kal was invited too. Two other invited guest did not show up. Tidur barangkali. hahaa. As promised, aku menapak kat sports complex pukul 7.30 pagi. Awal gilooo. But then, Yam showed up at 8 am, that was still okey. But Kal came at 9.30 am,  two hours later! Nak kena sepak je sorang tuh. hahaha. Lucky him, mood aku hari tu macam baik (memang baik pon). Lepas kena berdas perlian dan kata sentapan dari aku, hahaa kiteorang pon main la. It was a short competition between me and Kal. Yam got aikido practice. 

We started at 9.30 and it was hot sunny day. Padan muka sape suruh turun lambat (tuju pada Kal). kahkahh. Tapi aku tetap terharu sebab sanggup main jugak. Mungkin nak cover rasa bersalah kot. Kot la. Tapi yang penting, aku dapat main! *fireworks background*. I am a happy person. Weehuuu. Also considering that time spent on that day. hew *emoticon tutup mata please*

Then, we got our lunch together. As normal, common conversation, giggling here and there...but then suddenly after Yam got back from kiosk. She bought me a kitkat ice-cream and a sudden happy birthday wish! hahaha. It was one day earlier (they didn't know my birthday date, although she attempted it once). Sejurus selepas itu, Kal and Yam sang a birthday song to me right at the cafe! (banyak guna tanda seru, nak cakap tengah semangat,hahaa) I could barely open my eyes to look at both of them, hahaha segan weehhh. Ya Allah, tahu tak rasa happy tu tak lekang senyum kat muka. hahaa

I said thank you but I still have to tell them it was not my birthday yet, a day earlier to be exact. But then it was okey. hahaa and they fine with it. ngehh ngehhh ngehh :)

So, thank you untuk tarik troli bow case, sanggup menghitamkan diri , aiskrim sedap dan lagu! :D

Here the story on my real birthday. Jeng jeng jenggg

A week before, I plan with my senior and two of my friends (one joined us later). Kak Qil, Jah and Ijah. Four of us to go to real estate expo at balai berita nstp at Bangsar. It was coincident that we went on my birthday date. As in our planning, Jah will be our driver for the day. *drum rolls*
Lesen kereta Jah mati la pulak! Lupa nak sambung sebab birthday dia 31/12. hahaa. So, the new driver chosen was me! hahaha wehhh, tak tahu nak nervous ke nak apa. Aku tak pernah bawak kereta masuk KL hatta jalan lebih dari 10 km. Tak pernah bawa kereta auto (sebab belajar kan kereta manual). The day has come and it was on my birthday! hahaha Malam tu baru tambah resolusi 2016, nak expert bawa kereta. Ha hamek, tuhan makbul doa on the spot. Alhamdullilah.. hehe :)

Mungkin utk orang lain ni bukan big deal pon, eh hello, ni first time aku kot dan drive dalam KL, so it was a big deal to me. hahaa. Nanti dah banyak kali bawa dah tak rasa macam ni. kannzzzz

To get to our place, to the expo veneu. MashaAllah, sesat dua ploh dua kali aku rasa. hahaha. Lawak gila. Google maps kata setengah jam tapi jadi dua jam okey sebab pusing route yang sama! kahkahh 
Dan akhirnya sampai la. Fuhh.. After strolling around less than one hour, we went to midvalley mall for career fair. Nampak tak tour yang pergi sangat la trip yang berilmiah. hahaaa. The mall was near from the first venue so it take a short time to arrive at midvalley mall. We got lunch and went to the career fair. Getting some templates and contacts from the vendors and then we went back.

Dah maghrib maka dah malam. Bawa kereta waktu malam (another big deal for me sebab first time,hahaa). But alhamdullilah, safely arrived at uni.

Maka, bawa kereta dalam KL, dapat voucher marrybrown (Jah bagi,haha) adalah hadiah hari jadi aku la kiranya. hahaha. But it was really fun! I am lucky for having car mates yang penyabar, penenag dan pe-meriah-kereta yang baik dan best. hohoo :D 

Also, received warm birthday wishes from Pah, Zurara, Iti, Umm, Dalilah (my high school friend that we don't contact for long time), and my other kind-super cute-cantik-gojes-wish to grad together-friends. Thank you so much for the do'a(s). Moga Allah perkenankan..aamiinnn :D

And of course from my kakak and my family. :D :D 

**********

My previous birthday were also celebrated in the best way tapi kali ni decide dan teringin nak cerita kat sini. hahaa 
Alhamddullilah for everything, the best present is nikmat iman dan islam yang aku dapat pegang sekarang ni. 

A year closer to go back to our Creator.

#ifeelliketoshare
#itwasmybirthdayanyway
#hahaha
#lookaroundyourselfandyouwillfindsomuchthingtobegrateful
#btw,onelastfinalpaperon11th
#doakan! 

xoxo
the girl who is happy in her own world. kihkhkihh :D

may you have a very wonderful year ahead!! thank you for reading. Assalamualaikum.

Sunday, 20 December 2015

New Favorite Cover Artist!

Halooo hehe

Bismillah

Okey, I am one girl that very like to listen cover song from you tube artist rather than the original singer. hahaa its kind of the cover versions are sometime more fun and overwhelming to listen.

so, here is one singer that I recently look up.


Am fall in love with her beautiful voice. Enjoy! 

Monday, 7 December 2015

Sementara Cuma

Bismillah.

Kerana hidup ini sementara cuma. Satu fasa di antara banyak fasa sebelum sampai yang terakhir.

Maka, mari kita buat sehabis baik kita. Ikrarkan kata untuk dipegang moga amalan di fasa ini diterima Tuhan akhirnya. Moga tidak berasa sia-sia sahaja.

Di dalam keberadaan sementara ini, banyak perkara yang mungkin kita tersilap buat. Aku berdoa moga Tuhan yang Maha Esa ampunkan silap yang aku berbuat.

Bila berdepan dengan perkara yang rasanya sukar untuk dihadapi, marilah kita berpegang teguh bahawa Tuhan itu ada dan rahmatNya tidak terjangkau luasnya.

Untuk kamu dan aku yang hidup di fasa sementara cuma ini, kita belajar dari kesilapan, kita bertawakal dengan masa hadapan, dan kita nikmati masa sekarang dengan bersyukur dan teruskan perjuangan.

Wallahualam.
- yang sentiasa berperang dengan diri sendiri


Thursday, 22 October 2015

Tetibu rindu. Setiap hari rindu.

Bismillah.

Segan jari menari di papan kekunci kerna ada satu janji tidak dikotakan lagi. Meski sudah berlalu, akan aku cuba kotakan ia pada satu waktu.

Rindu.
Setiap hari akan ada satu perasaan yang tetiba merasa rindu. Rindu pada suara ayah, rindu pada bebelan emak. Rindu bergaduh kata dengan adik beradikku. Setiap kali ada tiba sahaja rindu ini. Setiap hari.

Kalau rindu, katakan rindu. Buat panggilan atau apa sahaja.
Tapi aku tidak ada kebiasaan itu. Lagipun ada beberapa hari lagi menjelang keberangkatan aku ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Biarkan rindu itu menebal, maka aku akan lebih menghargai. Ya Allah, panjangkan umur aku untuk bertemu dengan orang tua ku. Aamiinn..

Kadang kala kita tidak mengetahui akan kehadiran rindu itu hingga la kita menampakkan wajah mereka di foto foto yang dikirim. Tika kita melihatkan nombor telefon mereka di ruang skin telefon kita.

Aku doakan rindu ini berpanjangan ke syurga. aamiinn..


Sunday, 23 August 2015

Ceghite Intern

Bismillah.

So, here I'm going to tell you about my internship on past two months.

Bermula la kisah.. hahaha



Okey, aku dapat tempat intern di Kepong. Satu company owned by chinese and 99% worker in the company adalah chinese. Jarak tempat kerja dengan u aku tak jauh sangat, dalam 30 minit jarak perjalanan naik motosikal dengan kelajuan 80km/h. Kalau aku speed lagi, boleh jadi 20 minit perjalanan. Tapi mase tu memang mengucap panjang sebab moto dah terbang. hahaha sumpah bahaya. Tuhan bagi umur panjang.

Aku dapat company tu thru carian di internet. Buat carian di Intern.my. Kena pilih jugak la. Before aku accept offer buat intern di Kepong, I got one offer from one company at Damansara. It was business advisory-company profile style. Terfikir jugak nak terima hari tu, tapi sebab jauh and lagi jauh sebab naik motor and no fixed allowance (commission based). I had to reject the offer.

As in the interview done by the company yang based kat Kepong tu, I told them I have to do my internship for 3 months period. But, it was written in offer letter that the company offered me to do my intern for just two months! It was sad yet exciting! hahaha It wasn't a problem as my intern was only optional for my course and my lecturer acknowledged it. Settle masalah.

I was assigned in Marketing department, worked as tele-marketer in corporate sales line. Menakutkan and seronok! hahaha I have to make around 70 to 80 calls everyday! (for the first three week la) hehe then all I have to do is to follow up the client.

It was challenging yet I dare to challenge myself to try this. Aku pernah jugak terlintas nak buat kerja ni. Nah, dapat kan? Buat la. hahaha Dulu kat sekolah kan suka sangat main operator letak pembaris kat tepi tudung konon mcm telefon la kan sambil jari duk taip taip kat meja mcm typing on keyboard. hahahaha

My supervisor was very supportive and kind. As he always said,  don't afraid to make mistakes as I can learn from it. Nasib baik. fuhhh. Alhamdullilah. Tak da la experienced having supervisor yang byk kerenah. teehee Cuma tu la, aku rasa aku layak dapat commission sales. Dapat jugak aku buat sales. Tapi tu la. Hurmm. Misteri nusantara sungguh.

Cabarang Ber-Intern

1) Masjid dan Tandas
Macam aku cakap kat atas, company ni memang chinese (non-Muslim). So, memang takde keje la nak sediakan tempat solat kat aku semata-mata aku intern kat situ. huahua. Nak diceritakan takde tempat solat. Nak diceritakan jugak, tempat tu area perumahan, maka adalah masjid. Tiap kali lunch hour memang la aku akan ke seven-e beli roti makan kat masjid. Settle diet. Settle jimat. hahaha Nasib baik lepas tu bulan puasa.
Nak cerita lagi, kan pukul 1, matahari tgh naik masa tu. lepas sebulan aku perasan yang muka n tangan aku dah ada naik dah shade dye jadi ke gelap gelapan sedikit. hahaa

Satu je aku sedih skit, aku tak sempat nak tanya nama akak yang selalu tegur aku kat masjid tuh.huhu Dye mcm aku jugak, solat zohor kat situ waktu break.

Aku kena kerja di pejabat baru di mana semua benda perabot bilik adalah baru. Kalau gambar, versi raw. belum disentuh dan diedit lagi. Maka tandas nya tiada air melainkan paip singki dan flush. Bayangkan lah. Maka dengan izin Tuhan, aku melaksanakan kewajipan dan tuntutan hak badan aku di masjid. Semoga Allah memberkati orang yang jaga masjid tu.

2) Highway
Dari Gombak ke Kepong, aku lalu jalan Taman Layang-layang tu. Tiap pagi memang aku akan harung debu gila debu. haaaa amik ko. hahaa Mungkin itu antara muka aku bertindak balas dengan kedebuan tersebut. Sabor je.

Highway tu byk susur keluar ke kiri, maka jalan line kiri memang mcm lahabau la bawa kereta, dengan aku jadi palesit bawa motor laju. Sama ada aku langgar orang atau orang langgar aku. Tapi tu la, Tuhan nak lindung aku lagi. Alhamdullilah.

3) Bosan
Sebab kan aku sorang je yang buat intern kat situ dan tak de officemate kat pejabat baru tu. Bila takda keje dan keje siap, tahap kebosanan mencecah 100 celcius. Menggelegak tahu. hahaha
Tapi, chill la. Facebook n Youtube kan ada.

Keseronokan Ber-Intern

1) Belajar
Serious talk, aku belajar banyak sangat perkara baru, ilmu baru skill baru dan macam jenis yang baru la. haha Sebab tu sedih sikit dapat intern 2 bulan je. Cara cakap kat phone, cara pegang phone nak bg orang dengar, disiplin bangun pagi, amanah buat kerja, rasa berdosa bukak utube (dah takde keje), berdikari, dapat skill bw moto kat highway mcm palesit dan sebagainya. hahaa

2) Cuti
Aku dapat extra cuti 3 minggu sebab aku habis intern 2 bulan je weh! hahaha Masa cuti raya hari tu pon aku cuti seminggu. Sakan sungguh. Tapi cuti kena potong elaun r.

3) Elaun
Harusla ni pon keseronokan. hahaa Aku punya elaun rate boleh tahan tinggi la compare kawan aku yang lain (tahap kerja yg lebih kurang).

4) Operator
Buat corporate sale ni banyak deal dengan company. Bermacam jenis peel perangai jenis operator aku dapat. Bermacam jenis auto operator ada. Seronok wey. hahaha

5) Office-wear
Aku pakai baju kurung dua kali je. Waktu interview dan last day keje. hahaha. Hari lain memang akau akan pakai jeans and tshirt/blouse sahaja. Sekian.

Extra Ke-Seronok-Kan

1) Singgah Berbuka
Haa, bukan singgah sahur tapi singgah berbuka. Aku intern dalam bulan Ramadhan. Kebanyakan hari aku akan ke masjid-masjid berdekatan untuk berbuka. Dengan geng la. 2 orang senior. Seronok wey. Terisi sangat masa and produktif. hahaha Kalau malas, buka pose kat masjid u je.

2) Latihan EMNC
Sebabkan bulan puasa adalah waktu crucial utk team practice. Kena turun padang untuk join latihan presenter and update semua kerja. Sebab tu la aku bersyukur sangat dapat assistant yang reliable gila, mmg recommended la. hahaa

****

Tu je la kot yang tertulis meski ada lagi yang tak tertulis dan yang melekat di hati dan kepala ini tak terluah dengan tulisan. Gituuu. hahaha

hakak payung satu gambar kat opis. hehe

Aku sarankan buat la praktikal. Its gonna be a very good experience and you will gain unexpected knowledge. Aku belajar cari keseronokan sendiri dalam kebosanan dan tekanan. Aku belajar siapkan kerja walau tiada hati nak siapkan. hahaa Tapi tu la, ni kan kehidupan.

Aku tengok kawan aku semua intern kat tempat best. Kerja lagi best. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sebab memang itula sebaik-baik rancangan untuk aku. Mungkin sebab tu jugak aku berpeluang merasai berbuka dan bertarawikh di rumah-Nya lebih banyak pada tahun ni berbanding sebelumnya (sebab pose tahun lepas aku kerja sampai malam). :D


Panjang aku bebel. hahaha Akhir kata.Bersyukur dengan apa yang ada dan Berusaha untuk yang lebih baik-ayah aku kata.

Wassalam.
XOXO



Friday, 31 July 2015

Lauk

Bismillah

Lots to tell and story here. haha
Currently in the midst of prepare the team to compete in annual competition. That is Enactus Malaysia National Cup 2015. Weehoo!! Super excited and worry at the same time. haha
But to tell you, i'm a proud mama of having a reliable assistant and high-spirit team. muahahaha yeahhh

To the certain point, I am so serious that I got mad over little joke that my team did. Tak matang lansung, macam aku sorang je stress. hahaa sorry guys.
To be honest, I'm seeking perfection from the team and that is wrong. The presenters are struggling with the script memorization and all sort of voice projection, the multimedia team has forgo their sleep to finish the presentation slide, the annual report has done their job and I keep my asst near to me up to the point he can barely breath, doing chores (admin stuff) that I asked him. hahaha
*Nora bagi lima bintang* - tetiba. hahaa

So yeah, here I am in this very early morning writing some post up in the blog telling you the efforts from my team that they had to put in for the sake of the competition.

I'll tell more on next post up. (kalau rajin) hahaa

Lauk is a mixed of basic food as the main ingredients and variety of rempah ratus adabi, eh? hahaa
The important part is the 'mixed'.
A lot to share, to tell and to gossip. buahahaha
For today is a remark of my end in practical training! Well, it was only for two months with many holidays coupled with it. Lucky me!

This one I promise to write up here. (soon very soon, after the competition)

And the competition is on this upcoming Monday and Tuesday. Hope it will be great with no prejudice and negative neuron. hahaha Cant wait to meet up old friends and being there as a proud Enactus. :D

Till then, see you.
I am Enactus


Wednesday, 1 July 2015

Ketua

Bismillah

Mulut ini kadang2 tidak dijaga dengan baik. Mudah saja menutur perkara yang tidak elok mengenai orang lain. Dikatanya orang itu begini kerjanya, begitu kerjanya. Padahal kerja itu tidak menepati citarasa tuan badan ini. Sudah kalau kerja diambil enteng, konon tiada minat pada kerja maka berlepas tangan sahaja. Yang menjadi mangsa, ketua. 


Tahukah kita menjadi ketua itu perlu banyak fikirnya. Bukan hal seorang sahaja. Mudah sekali kau mengatakan ketua ini tidak ada kerja apa2. Ketua ini sekadar memberi arahan dan bergelak ketawa lagak tiada kerja. Ketua ini tidak kesah untuk kau mempersoalkan, tapi ketua ni punya perasaan. Rasa sentap bagai tiada apa yang ketua ini lakukan.

Tapi seorang ketua harus kuat, tidak mudah untuk merasa lemah. Masih sabar dalam santunnya meski kedengaran suara ketua ini keras kepala bukan main lagaknya. Ketua ini cuba untuk bertolenrasi. Moga dapat kebaikan bersama.

Ketua ini tahu kamu jujur, tidak perlu la menghukum apa yang tidak perlu. Sudah muka ketua ini memang begini, kalau sedih, sedih la mukanya, kalau marah, marah la mukanya. Sudah memang begini tidak dapat disembunyikan apa di hati dari terluah di mukanya. 

Wahai ketua, jagalah mulut tika berbicara. Mungkin ada yang terasa, ada yang tidak selesa. Ketua itu harus telan kata pedas mana yang menyentap, mana yang terasa kerana masih ada kerja yang ketua ini harus jaga dan laksana.

Duhai catatan jiwa, mungkin ini menyebelahi si ketua kerna si ketua penulisnya. Biarkan catatan ini mengingatkan si ketua untuk terus belajar menjadi ketua. Maafkanlah ketua ini kerana masih bodoh dalam menjadi ketua.


Sekian,
Ketua ini.

Friday, 29 May 2015

Self-confidence is a skill.

Bismillah.

I want to share one of my favourite TED video. TED is a series of motivational talk from most inspiring speaker all around the world. They are incredibly awesome in their own way to motivate people. Listened to many video about self-confidence and whatnot, but this is the best among them which I personally like.

Listen and go get your self-confidence now!


Moga bermanfaat. Chio! :D

Sakit perut?

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Kebelakangan ni selalu je kena cramp perut. Sakit oi. Macam gastrik, tapi tak seteruk gastrik la.
Semangat la kita ni google tips nak hilangkan sakit perut sebab masuk angin. Banyak bagi petua makan bawang putih, air rebusan bunga cengkih dan macam-macam la.

Ada nasihat suruh jaga makan dan sekian-sekian. Mana sempat, dah jadi pon. Satu lagi nasihat suruh minum air kosong banyak-banyak.

Bila tinggal di hostel, menjadi satu halangan untuk mendapatkan bawang putih dan bunga cengkih di tengah malam buta ini. Nak cari celah mana hoi? hahaha

Alternatif yang paling berkesan setakat ini yang memang selalu diamalkan ialah meminum air masak sebanyak yang mungkin. Biar ruang perut kosong tu ada air. hahaa
Jadi angin akan berkurangan. Method ni lambat sikit tapi InsyaAllah berkesan.

Sekarang aku dah boleh menaip di blog ini dengan kesukaan riang hati gembira. hahaa

Moga bermanfaat. Wassalam.

Wednesday, 20 May 2015

Caj

Assalamualaikum



Duduududuududuuduuu lalalala


I am so happy today as I finally realizes (after few weeks) that I can power myself on surplus of positive charge over negative charge. Clap clap! hahaa

May the odds (with goodness) be with me. :D 


Never underestimate the struggle within ourselves, it is the most powerful booster in this life!

May Allah eases our days and nights with His blessing. aamiinn




Sunday, 10 May 2015

Of Phases in Life

Bismillah.

Being a girl or I would say a big girl, hahaa in my twentieth years of life. This is one phase where all the conflicts, interest and priorities are mixing up. This is not good but it is a reality.

To make things all clear and get organized, we learn from mistakes and we ask the elders almost about everything.

Moving forward, this is a phase where true friends stay, connect back with old friend, do something to please people around us and got confuse between needs and wants (sometimes). Here is a phase we learn to differentiate what is important and what is not (from our mistakes).

Feeling super insecure towards future career, partner and life is super normal for a super normal human being. But being normal is boring, eh? hahaa
Undoubtedly, we have uncertainty about our future but fear not, don't make the future expectation to ruin our current time. Of course, what we do now determines what our future is. Its just that don't let the all so called uncertainty and expectation limit our dreams now.

Being a girl in this phase is a golden opportunity to shine and to learn as much as we want! This phase of life is one white canvas for us to decorate and paint it with colors. We learn from doing and we cannot skip of try and error method. Let me say it again, this is normal process to learn. To be not normal person or I called it super awesome person is we have to accept our flaws, learn from mistakes and always being awesome. hahaa

Work hard and stay humble.

This life is one chapter of phases from our eternal journey as human. May Allah eases our journey towards the end.

This is me after several plastic surgery and wearing blue contact lens. (Fake fact!) hahaha

Thursday, 7 May 2015

hilang

Bismillah.

It has been 3 months ago since my last blog post.
hahaha
I got carried away in my super busy student life.. i think so. haha

Biasa la, nak dekat final ni, barula nak feeling tulis tulis balik. hahaa
But, I miss to write actually. I tried keeping a diary but I can not coop with it for long time. Too afraid that someone will read it. hahaa lol, paranoid gile.

Minggu ni rasa kosong. Jiwa kosong.


Lepas balik dari cuti (I went home to Terengganu! yayy!), yang 2 hari cuti tuh. Nahh, not really related with the balik kampung pun sebenarnya.

Its just that. I need to find myself again. Mana semangat aku yang dulu kalau kau nak lawan sure kalah dengan semangat aku. Kuat nya semangat tu dulu. Mungkin sebab harapan dan impian sudah ada yang tercapai (mungkin). Ruang bersama ayah dan emak, susah mereka penat lelah aku dapat lihat.

Truth to be tell, from my 3 years (almost) as degree student, I only satisfied with my own academic achievement for that one short semester. For that particular semester,,,all the hard work, entertainment-less day and one solid aim was paid beautifully. I still have 3 long semester to back up what I already lost along the way.

Benarla kata Tuhan dalam al-Quran. "Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah selagi kaum itu tidak merubahnya" (lupa ayat mana).

To be honest, like truly honest. I have love-hate relationship with Instagram, Facebook, all types of movie and bed.

I really hate them up to the point that I want to get rid all of it. Like deleting all the accounts and movies and sleeping on the floor!

But I can't!

I have to be realistic. I must change my view on those sakit mata jiwa raga penyebab kepada masalah aku. Discipline! Discipline! Discipline!




Wassalam.

*some revision for a test tomorrow. tata.


Tuesday, 24 February 2015

Bebaskan minda anda.

Bismillah.

Semester kali ni, lain macam auranya. Aura yang macam kau tak nak tapi selalu dekat dengan kau dan kau perlukan aura ni untuk terus hidup. Metaphore lain macam haaa. Hahaha

Semester ada beberapa perkara yang memberi kejutan dalam hidup aku. Aku rasa aku bermula dari kosong. Semua benda aku rasa baru. Ni la yang aku selalu doakan mungkin. Bagi aku ketabahan dan kekuatan untuk teruskan hidup ni. Bagi aku peluang untuk mencuba perkara baru.



Cabaran yang aku dapat kali ni lain. Tak seperti tugas biasa yang aku dapat. Tugas yang lebih kurang sama dengan sebelum ni tapi weight proportion tu lagi besar. Selama ni aku selesa sangat dengan tugas aku. Dapat ni, baru sedar diri, diri ni tak hebat mana pon. Hahaha

Mula-mula dulu takut jugak. Bimbang, hati-hati sangat dan macam perasaan bercampur baur la. Tapi yang penting aku tahu selagi berada dalam fikiran macam tu aku takkan maju. Aku ambil keputusan untuk keluar dari fikiran macam tu. Aku bebaskan diri aku dengan jenis fikiran macam itu. Orang hebat takkan tinggal dalam kemelut jiwa dan fikiran yang kacau. Kena bersatu hati dan akal. Tubuh yang sihat juga beri sokongan padu. The most important essence is the faith we have in Allah subhanallahutaala.

I keep reminding myself, I have parents, family that always being my true backbone during my ups and downs. I have my super supportive friends that willing to be beside me for whoever I am. I just need to look around myself and spot them. They are always there.

Bimbang fikiran itu datang balik. Itu biasa bagi seorang manusia. Hatta hati selalu berbolak balik. Mari kita arahkan pergolakan fikiran dan hati kita ke arah satu tanda mercu yang positif. Bersangka baik. Selesaikan dengan berhikmah. Kuatkan pegangan. Jalankan amanah.

Doa untuk aku okay? :D




Tuesday, 27 January 2015

Cuti

Assalamualaikum

Cuti semester ni dah tinggal seminggu. this is my last week of three weeks sem break. 
I need more holiday! hahaha who wouldn't, right? 

Dah boleh bayangkan my life for next semester. I am going into third year of my degree life. Ya Allah, dah jadi senior. Tapi aku masih muda dan rasa muda. hahaha

Of my three weeks holiday, aku boleh bilang berapa kali je outing. Most of the days, I spent my holiday at home! reason nya sebab aku malas and home is the best place! Munasabah sangat sebab aku nih. 

Aku rasa blog aku nak kena repair nih. Tengok la nanti. hehe

I need sleep, so chiao.

Wassalam.

This picture is so cool!

Tuesday, 16 December 2014

Final Exam Fever.

Fever la sangat..
hahaha

Eh, Assalamualaikum
Currently, the clock shows 2.24am..

Growing habit of getting late for sleep. Tak tahu dah jadi apa..lepas tu terus sambung subuh then pergi kelas, then balik bilik tidur, bangun cari makan dan seterusnya. haha
I will change this odd habit of mine soon! eh, now! just after write up this post okey :)

My life was totally messed up duringr this semester, i hope for better and bright life in next semester..aaminnn

Today is 16th December and i am counting days (the days just went off without i realizing it actually,, hahaa) for my final exam to come, it is 26th December until 7th January. But i have one paper on this 20th December for my cocu subject.

To all my friends yang tengah perang final exam sekarang, i pray all the best for you guys!! :D keep moving forward! and i hope the same for me. O Allah, guide me to pass this phase..aamiinn


Friday, 7 November 2014

hoi hoi orang jauhhh dan orang dekaaatt

Assalamualaikum :D

Rindu ber-blog. Maka, mula membaca beberapa cerita yang di-post-kan dalam blog nih. It is fun and always be. Read some of my story written here, mengimbau kenangan sangat. hahaa. Pemangkin untuk aku terus melangkah juga. Terus melangkah dan terus mencuba. Wink sikiittt. haha

So here, some pictures on what I did recently.



Be Active
Challenge Yourself
Do More
Explore More
Learn More

" I wouldn't know of my own capabilities and limit until I make the real effort to work on it "

biiznillah :)